BAGAIMANA CACING TANAH MEMBIAK?
BAGAIMANA CACING TANAH MEMBIAK?
Ada yang geli tak dengan makhluk comel ni? Banyak jasanya pada tanah tau. Dalam bidang perubatan dan kosmetik pun banyak manfaatnya. Jadi jangan tengok paras rupanya saja. Tengoklah pada jasa dan manfaatnya juga. Hari ini kita baca info ringkas tentang cacing tanah pula. Siapa tahu macam mana cacing ini membiak? Haa... jom saya ceritakan.
Cacing tanah adalah haiwan hermaphrodite, iaitu organisma yang ada dua jantina. Tapi bukan dipanggil khunsa, tau!. Hermaphrodite maksudnya dialah jantan dan dialah betina.
Cacing tanah boleh membiak secara seksual dan aseksual iaitu melalui belahan badan.
Semasa aktiviti seksual (boleh sampai 3 jam tau! Fuh!), sperma cacing akan saling bertukar antara satu sama lain. Kemudian mereka akan bertelur. Telur akan menetas dalam masa dua minggu. Dalam masa dua minggu sahaja, cacing tadi akan bertelur lagi. Selepas sebulan, anak cacing tadi akan menjadi cacing dewasa seperti induknya. Dalam masa dua bulan sahaja, cacing tadi boleh hasilkan empat keturunan! Hebat ciptaan Allah ni kan. Itu bagi yang membiak secara seksual.
Cacing yang membiak secara aseksual biasanya disebabkan oleh 'kemalangan'. Contohnya, mungkin cangkul Pak Ali terhentak ke badan cacing tadi, maka terpotonglah badan cacing itu. Ouch! Setiap bahagian badan cacing yang terpotong tadi akan hidup menjadi cacing yang baharu seperti induk asalnya.


Comments
Post a Comment